Tuesday, November 13, 2007



Monday, November 12, 2007



Mr. President sedang nyanyi nasyid.. Penyanyi latar nye Kak G (version Adibah Noor-Terlalu istimewa) ahaks!!


Do Re Mi... mane adik mane kakak ni?


Kelaurga SIU beraya bersama..


Barisan hidangan yang enak lagi mengghiurkan!!!

Gambar Raya SIU



Anak beranak SIU nih beraya sedondon. Model pakaian family ni...Tahun depan ley la tiru kami..

Sunday, April 1, 2007

Budak bola 1903 mengganas

Budak2 bola 1903 (BB1903) yang sememangnya suka segala jenis sukan bola mengganas lagi. Setelah hampir setiap minggu menendang bola tidak kira di gelanggang futsal ataupun di padang, cita2 BB1903 untuk menjadi satu nama yang paling digeruni hampir tiba.
BB1903 sebelum meratah DHL Menara

Antara nama2 besar yang telah tunduk dengan kehebatan BB1903 sebelum ini adalah DHL Menara TM (4-2). Pasukan O&M PJ yang sememangnya terkenal dengan penguasaan mereka sebelum ini hanya mampu mencatatkan keputusan 1-0 dengan pasukan BB1903.

Minggu ini adalah minggu juara, sebagaimana Manchester Utd membelasah Blackburn 4-1 (Helmi, Man U rawks!), Liverpool membelasah Arsenal 4-1 (Ghad n Martin, jom la sokong Man U), Barcelona dan Bayern Munich juga menang, BB1903 juga menunjukkan taring dan belang-belangnya dengan membelasah 2 pasukan hebat dalam 2 perlawanan berasingan.

Khamis mlm Jumaat, di waktu orang lain sedang berehat di rumah, BB1903 turun menentang Redtone di Subang Sports Planet. Shidan, Josi, Ghad, Martin, Helmi, Eijatt & Riki bergilir-gilir menyerang dan menjaringkan gol, hanya Epoy tidak turut serta kerana dia sibuk mengawal gawang dengan ketat. Team Redtone tidak mampu menahan asakan demi asakan BB1903, dan pastinya tidak mahu mencabar kita lagi.
Keputusan akhir:

BB1903 vs Redtone : 19-2


Tidak puas membelasah Redtone, BB1903 mahukan aksi di padang bola pula. Perlawanan diatur pagi Ahad di Sentul, bertemu dengan Gombak AllStar. Sebelum perlawanan bermula, keyakinan BB1903 agak goyah kerana beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan kerana masih lena diulit mimpi. Pasukan lawan pula nampak begitu konfiden kerana bermain di tempat sendiri. Namun, sebagaimana cekalnya BB1903 menyiapkan tender, begitulah cekalnya BB1903 di atas padang. Serangan bertali arus pihak lawan dipatahkan, dibalas dengan skil2 Martin, larian Shidan dan hantaran pin-point Ghadaffi. Keputusan muktamad;

Gombak AllStar vs BB1903 : 1-9


BB1903 dengan ini mengajak semua untuk mengajak adik perempuan, kawan perempuan atau anak saudara perempuan untuk menonton dan menyokong pasukan BB1903 beraksi. Dengan kehadiran adik, kawan atau anak saudara perempuan anda semua, pastinya semangat BB1903 lebih membara nanti.

Sekian melaporkan...

***update 13 April***

Mengganas lagi, kali ini dengan rakusnya membaham GITN (4-1) di atas padang, meskipun semua pemain terpaksa bermain 90 minit penuh (takde substitute, mana yang lain???)